SELAMAT DATANG - WELCOME

Assalamu'alaikum Wa Rohmatullahi

Wa Barokatuh dan Salam Damai 

info & makluman terkini (penting)

TERBARU; Tahniah kepada semua yang menyambut kedatangan bulan mulia, Ramadhan, dengan hati yang penuh kesyukuran dan kegembiraan. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa kebaikan, kedamaian, dan kebahagiaan kepada kita semua.

Dalam kesempurnaan dan kebersihan hati, marilah kita sambut Ramadhan dengan penuh semangat untuk meningkatkan hubungan kita dengan Allah SWT, menguatkan ikatan kekeluargaan, dan meningkatkan kesedaran sosial terhadap orang yang memerlukan bantuan.

Semoga amalan kita diterima, dosa-dosa kita diampuni, dan keberkatan Ramadhan membawa kita ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Selamat menyambut bulan penuh keberkatan, Ramadhan al-Mubarak!

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan terimalah segala amalan baik kami dalam bulan yang mulia ini. Berikanlah kami kekuatan untuk menjalani puasa dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Lindungilah kami dari godaan syaitan dan bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai. Amin."

Untuk makluman pihak UMUM & ANGGOTA; pihak KUWANIS tidak ada melantik mana-mana individu untuk melaksanakan apa-apa tugasan berkaitan Gerakan KUWANIS, pihak ALK yang telah dilantik semasa MAT 'Hybrid' KUWANIS Pertama serta ketetapan daripada Mesyuarat ALK ini sahaja yang SAH untuk digunapakai. Terdapat maklumat yang telah disampai kepada pihak Pengurusan & Pentadbiran KUWANIS bahawa ada individu-individu yang sedang giat menghasut UMUM & ANGGOTA untuk merosakkan usaha serta gerakan KUWANIS. pihak Pengurusan & Pentadbiran KUWANIS tidak akan berkrompomi kepada mana-mana individu yang cuba untuk merosakkan keharmonian KUWANIS, tindakan perundangan akan diambil sekiranya perlu.

info terdahulu..

23hb Februari 2024; semasa Mesyuarat ALK Online telah dilaksanakan pada 11hb Februari 2024 yang lalu, ALK digemparkan oleh berita yang disampaikan oleh salah satu ALK yang sempat ke kaunter Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) semasa beliau menghadiri kursus (Kursus Pengurusan Mesyuarat Agung) yang dilaksanakan oleh pihak Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dari 6hb - 8hb Februari 2024 untuk bertanyakan status permohonan kelulusan KUWANIS bagi aktiviti usahasama Sektor Pelancongan yang telah dimajukan kepada pihak SKM sejak tahun 2023. Pegawai di Kaunter SKM ini telah menyatakan bahawa KUWANIS ini ada masalah *PERTIKAIAN YANG BELUM DILEPASKAN* dan makluman ini telah dibangkitkan dalam Mesyuarat ALK Online ini. Pada 23hb Februari 2024, Pengerusi telah menghubungi Penyelia SKM Pantai Barat Selatan berkaitan perkara ini kerana ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan perkara ini kerana pihak KUWANIS tidak ada mendapat apa-apa makluman berkaitan perkara ini daripada pihak SKM. Begitu mengejutkan Pengerusi apabila Penyelia SKM Pantai Barat Selatan menyatakan bahawa dia tidak ada dimaklumkan perkara ini dan beliau sendiri telah bertanya kepada Ketua Penolong Pengarah (KPP) berkaitan perkara ini dan ternyata KPP juga tidak mendapat makluman berkaitan perkara ini. Ternyata bahawa maklumat yang disampaikan kepada ALK kita yang berkunjung ke Kaunter SKM Negeri Sabah itu telah diberikan maklumat yang tidak betul oleh Pegawai yang bertugas di Kaunter SKM Negeri Sabah. Kini pihak Penyelia serta KPP telah meminta kerjasama pihak KUWANIS untuk mengenalpasti Pegawai di Kaunter yang dimaksudkan oleh ALK KUWANIS tersebut yang telah menyampaikan maklumat yang tidak benar dan diluar pengetahuan Penyelia SKM Pantai Barat Selatan dan KPP. Pihak KUWANIS memandang serius perkara ini kerana ianya mempunyai unsur-unsur fitnah dan hasutan dengan memberi maklumat tidak benar kepada ALK KUWANIS yang bertanya di kaunter pada masa itu, Pegawai di Kaunter itu boleh didakwa dibawah Sek. 499 Akta Kanun Keseksaan, Sek. 500 Akta Kanun Keseksaan & Sek. 4(1) Akta Hasutan dan boleh dikenakan hukuman perundangan. Pihak KUWANIS akan memastikan perkara ini diselesaikan dengan kaedah turutan perundangan demi menjaga nama baik KUWANIS serta anggotanya.

31hb Januari 2024; Pihak KUWANIS telah menerima emel maklumbalas berkaitan Permohonan Kelulusan untuk pelaburan dalam Aktiviti Pelancongan yang telah diminta oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk dimohon serta dihantar melalui 'On-Line' / Atas Talian pada 15hb November 2023. Emel daripada pihak Admin eDaftar yang bertajuk PENGEMASKINIAN PELABURAN - PERINGKAT NEGERI pada tarikh 31hb Januari 2024 telah memaklumkan bahwa Status Permohonan adalah Tidak Lengkap dengan catatan yang disenaraikan adalah; "Mohon semak pada lampiran kertas kerja, cabutan minit mesyuarat agung dan cabutan minit mesyuarat Anggota Lembaga yang tidak dilampirkan bersama". Perkara ini sedang diteliti oleh pihak KUWANIS kerana sebelum ini semua perkara yang dinyatakan telah pun di sertakan serta muat naik dilaman permohonan yuang telah disediakan untuk urusan ini, namun yang sedemikian, pihak KUWANIS akan berusaha untuk memenuhi semula kehendak ini bagi melancarkan permohonan kelulusan ini Insya Allah.

6hb Oktober 2023; Penyelia SKM Pantai Barat Selatan ditemani seorang kakitangan SKM Negeri Sabah telah datang melawat ke Pejabat Rasmi Mizume Tours & Travel Sdn. Bhd., lawatan ini tidak dapat disertai oleh pihak KUWANIS serta pihak Pengurusan & Pentadbiran syarikat kerana tidak ada makluman awal namun lawatan dilaporkan berjalan dengan lancar dimana kakitangan Mizume Tours & Travel Sdn. Bhd. telah memberi layanan serta informasi yang dikehendaki dengan baik dan teratur tanpa sebarang masalah.. Alhamdulillah..

13hb September 2023; Jam 8.36am, Puan Rozi telah meminta saya untuk menghubungi PA Pengarah secepat mungkin untuk bercakap dengan Pengarah berkaitan surat yang telah kita hantar sebelum ini, Pada jam 8.37am saya telah menghubungi PA Pengarah & dia telah menyambung panggilan saya kepada Pengarah (Tuan Matias Kundapin), rumusan perbualan kami adalah seperti berikut;

1. Pengarah telah minta kita wujudkan Perincian Potensi Keuntungan Usahasama Sektor Pelancongan & mana-mana cadangan Usahasama yang telah kita rancang yang bagi memastikan dibawah seksyen mana jatuhnya jenis pelaburan yang sesuai & sekiranya boleh menambah syer sedia ada atau melaporkan lebihan keuntungan bagi menguatkan permohonan kelulusan;

2. Beliau menasihatkan kita agar mewujudkan perniagaan atas nama koperasi yang tetap supaya SKM dapat mengenalpasti aktiviti perniagaan tetap KUWANIS ini & bagi memudahkan pihak SKM memberi cadangan atau saranan terbaik mengikut bantuan-bantuan atau skim-skim yang boleh ditawarkan kepada KUWANIS;

3. Berkaitan permohonan Pembiayaan untuk disalurkan dalam bentuk Dana kepada anggota² KUWANIS setakat perbualan kami pagi tadi, namun beliau telah memberi kebenaran kepada saya untuk menghubungi dia terus sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan; dan

4. Tidak ada isu-isu lain dibangkitkan, tidak ada cerita berkaitan isu pihak SKM tidak mempercayai Pengerusi seperti yang khabar-khabar angin yang telah diperdebatkan oleh beberapa individu, malahan masalah sebelum ini pun Pengarah sudah sedia maklum & telah pun dianggap selesai oleh beliau, sekarang fokus beliau adalah membantu KUWANIS untuk meneruskan gerakannya.

Harap maklum Tuan² & Puan² ini adalah salah satu tanggungjawab yang penting bagi kita untuk menyediakan apa yang dikehendaki oleh Pengarah demi membantu gerakan KUWANIS..

28hb Ogos 2023; Penyerahan salinan Kertas Kerja (diterima oleh PA Relief Pengarah) kepada pihak SKM yang telah diminta untuk KUWANIS sediakan minggu lepas. Walaupun Pengarah & Timbalan Pengarah masih berada diluar Negeri melaksanakan tugasan, KPP telah meluangkan sedikit masa untuk berjumpa dengan kita & beberapa tugasan telah diarahkan untuk menyempurnakan permohonan, Insya Allah..

25hb Ogos 2023; Puan Rozi (Wakil ALK) telah dihubungi oleh PA Pengarah (Baru) dan dengan arahan Pengarah, ALK telah diberikan peluang untuk berjumpa dengan Wakil Pengarah yang dimaklumkan ada berlepas ke Semenanjung untuk tugasan bermula Isnin (28hb Ogos 2023) iaitu Timbalan Pengarah Puan Syahirah Nasrin pada 28hb Ogos 2023 ini bagi memberi respon kepada surat rasmi yang telah pihak KUWANIS kemukakan pada 7hb Ogos 2023 yang lalu.

21hb Ogos 2023; Assalamu'alaikum & Salam Damai Puan, Kelmarin baru Puan Rozi merujuk kepada PA Pengarah berkaitan balasan surat rasmi permohonan yang telah kita hantar pada 7hb Ogos yang lalu tetapi PA Pengarah bercuti & Penyelia telah Puan Rozi hubungi juga dan kita telah diminta untuk mengemukakan permohonan secara online bersertakan Kertas Kerja yang mengikut format yang baru Penyelia berikan sebagai rujukan.. Pihak SKM belum ada jadual terluang untuk duduk berbincang dgn pihak KUWANIS kerana terlalu banyak program dilaksanakan oleh KUSKOP.. 

berkaitan mula, kita sdh mula beroperasi sejak awal penubuhan lagi, ada sdh dikalangan anggota yang telah mendapat bantuan² melalui skim² yg ditawarkan oleh pihak² berkaitan namun untuk usahasama² yang telah dirancang & dilaksanakan kita sedang menunggu kelulusan dari pihak SKM, diperingkat KUWANIS kita telah laksanakan semua tugasan yang diarahkan & setakat ini yang terbaru adalah untuk memajukan permohonan secara online dengan penyediaan Kertas Kerja mengikut format yang diberikan..

14hb Ogos 2023; Wakil pihak ALK (Puan Rozi Morris) telah menghubungi PA Pengarah SKM bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan respon kepada Surat Rasmi yang telah dihantar minggu lepas dan menurut PA Pengarah SKM, jadual agak padat dan respon akan diberikan pada 21hb Ogos 2023 ini;

7hb Ogos 2023; Pihak ALK KUWANIS telah menyerahkan Surat Rasmi seperti yang telah diarahkan oleh Pengarah SKM di Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Sabah) dan dalam masa yang sama Pengerusi telah memaklumkan kepada PA Pengarah SKM berkaitan tentang keperluan respon terkini daripada pihak SKM berkaitan perancangan serta permohonan KUWANIS agar gerakan KUWANIS dapat diteruskan mengikut perancangan yang telah dirangka.

2hb Ogos 2023; Pihak ALK telah berjumpa dengan PA Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menetapkan tarikh perjumpaan dengan pihak Pengarah SKM bagi membincangkan hala tuju KUWANIS dalam perancangan usahasama dalam Sektor Pelancongan, Pertanian dan bantuan-bantuan yang boleh diberikan kepada KUWANIS dalam merealisasikan objektif penubuhannya. PA Pengarah SKM telah difahamkan untuk menyampaikan kepada pihak KUWANIS untuk memajukan Surat Rasmi berkaitan agenda yang ingin dibincangkan serta sebarang soalan disebabkan jadual Pengarah SKM yang agak padat dan temujanji belum dapat dijadualkan agar Pengarah dapat memberi jawapan atau respon kepada pihak KUWANIS secara bertulis.

LAPORAN AUDIT 2021 Alhamdulillah.. Bersama Puan Rozi Morris (ALK) di lbu Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Sabah) untuk mengambil Laporan Audit KUWANIS bagi tahun 2021 (18hb Mei 2023 @ 10am). Laporan yang ditunggu-tunggu telah selesai, menjadi satu lumrah bagi setiap entiti baharu.. tidak sempurna itu adalah salah satu daripada proses mengejar kesempurnaan. Insya Allah, Penemuan-Penemuan serta Cadangan-Cadangan dalam Laporan Audit ini akan pihak KUWANIS patuhi dan perbaiki. Mudah-mudahan selepas ini gerakan Koperasi Usahawan Bumiputera Sabah Berhad (KUWANIS) akan lebih teratur & segala perancangan awal dapat dilaksanakan dengan baik menuruti kehendak serta bantuan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia - MRA

pengenalan

KUWANIS adalah sebuah koperasi yang ditubuhkan untuk menggabungkan usahawan bumiputera Sabah khususnya daripada golongan Usahawan IKS dalam satu bumbung dengan niat untuk berkongsi kepakaran, ilmu, latihan serta aktiviti berkaitan dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli & masyarakat setempat.

Memberi bantuan dalam perjalanan dan pengurusan aktiviti Perkhidmatan, Pengguna, Pertanian dan Pembinaan kepada anggota mahupun yang sudah beroperasi ataupun yang baru ingin memulakan operasinya; Menyediakan platfom untuk anggota berkongsi ilmu dan pengetahuan antara satu sama lain berkaitan fungsi-fungsi yang ditawarkan oleh KUWANIS; Mempersiapkan anggota dengan ilmu berkaitan dengan aktiviti didalam fungsi-fungsi yang berkaitan seperti menganjurkan program kemahiran dan lain-lain; serta; Membantu anggota dari segi ekonomi dan kebajikan.

Sejak 2020, KUWANIS telah berjaya membantu anggota-anggotanya dalam pelbagai kemudahan melalui usahasama yang telah dilaksanakan dengan pihak lain seperti pihak TEKUN, eJazmine dan lain-lain agensi. Melalui TEKUN, KUWANIS telah membantu memperkenalkan anggota-anggotanya kepada pelbagai Skim Pembiayaan terutama sekali dalam Skim Pembiayaan Informal (SPIN) manakala melalui pihak eJazmine, KUWANIS telah mendaftar anggota-anggotanya yang menceburi dalam bidang pembuatan untuk mendapat tempat dalam pasaran antarabangsa.

PERTANYAAN & jawapan mat 'hYBRID' KUWANIS PERTAMA

PERTANYAAN: 1. Apakah program pada hari ini? DAN 2. Tujuan program diadakan?

Pada 22hb Oktober 2022 (Sabtu), merupakan tarikh keramat bagi Koperasi Usahawan Bumiputera Sabah Berhad (KUWANIS) dan anggota-anggotanya, ia merupakan tarikh pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunun (MAT) 'Hybrid' KUWANIS Pertama yang telah dihadiri oleh lebih 100 anggota secara fizikal dan atas talian, turut hadir atas talian sebagai pemantau dalam MAT 'Hybrid' KUWANIS Pertama ini adalah pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Puan Norfaizah Manjah (Ketua Penolong Pengarah, SKM Sabah), Tuan Pelatoman Suriah, Tuan Datu Rais Aslam D. Jamigul (Ketua Wilayah, SKM Pantai Barat Selatan) dan Puan Norzaythe Saiman (Penyelia Koperasi, SKM Pantai Barat Selatan). 14 Agenda telah diketengahkan, dibincang serta diputuskan. Diantara agenda yang menjadi perhatian sidang adalah Agenda ke 3: Memilih Anggota Lembaga, Agenda 4: Menimbang & Meluluskan Belanjawan Tahun 2023, Agenda 8: Menetapkan Had Maksimum Keterhutangan dan Agenda 10: Mendengar, Menimbang atau Memutuskan Apa-Apa Usul atau Urusan Lain Koperasi.

Agenda ke 3: Memilih Anggota Lembaga, telah dilaksanakan dengan baik & mantap dimana 10 Ahli Lembaga Koperasi telah dilantik sebulat suara tanpa sebarang bantahan dari anggota sidang. Pemilihan ini menyaksikan pelantikan 5 orang Ahli Lembaga Koperasi yang dipilih dari daerah Tambunan, 2 dari daerah Kota Kinabalu, 1 dari Keningau dan 2 dari Tenom. Pemilihan Ahli Lembaga Koperasi ini turut dihadiri bersama sebagai pemantau adalah pihak SKM Puan Norzaythe Saiman (Penyelia, SKM Pantai Barat Selatan)dan ianya telah dilaksanakan dengan teratur tanpa sebarang bantahan daripada anggota sidang, keputusan tellah dibuat secara sebulat suara.

Agenda ke 4: Menimbang & Meluluskan Belanjawan Tahun 2023, RM 121,300.00 Anggaran Pendapatan yang telah dirangka oleh pihak KUWANIS bagi tahun 2023 dengan mensasarkan kemasukan anggota baharu setiap bulan, perkhidmatan Kursus, Konsultasi dan Rekabentuk diperkasakan, penjualan produk secara atas talian dan fizikal diaktifkan serta aktiviti pelancongan dan pertanian diaktifkan. RM 116,800.00 dibentangkan sebagai Anggaran Perbelanjaan 2023 di mana ianya merangkumi perbelanjaan Mesyuarat ALK  & Tahunan, Pengurusan & Pentadbiran, Kursus / Pendidikan Anggota serta perbelanjaan asas pengoperasian dan gerakan KUWANIS sepanjang tahun. Sidang MAT 'Hybrid' KUWANIS Pertama telah Menimbang & Meluluskan Belanjawan Tahun 2023 secara sebulat sura tanpa sebarang bantahan selain daripada menambahbaikan dalam beberapa topik yang turut dipersetujui oleh anggota sidang secara menyeluruh.

Agenda ke 8: Menetapkan Had Maksimum Keterhutangan, Saya (Mohd.Redzuan Alim) telah mencadangkan agar had ini dimaksimumkan kepada RM 10,000,000.00 bagi memenuhi kos pelaksanaan aktiviti-aktviti perniagaan yang menepati Undang-Undang Kecil KUWANIS. Aktiviti-aktiviti perniagaan yang dimaksudkan adalah setiap aktiiti yang dibenarkan seeta disenaraikan dalam Undang-Undang Kecil KUWANIS. Fungsi Perkhidmatan, Pengguna, Pertanian & Pembinaan akan menjadi sasar utama KUWANIS untuk dilaksanakan dan permohonan Dana atau Pembiayaan akan dimajukan untuk pertimbangan pihak SKM melalui pelbagai skim yang ditawarkan. Sidang MAT 'Hybrid' KUWANIS Pertama menyaksikan agenda ini disokong sepenuhnya secara sebulat suara.

Agenda ke 10: Mendengar, Menimbang atau Memutuskan Apa-Apa Usul atau Urusan Lain Koperasi, rumusan usul telah dibentangkan untuk mendapatkan keputusan sidang MAT 'Hybrid' KUWANIS Pertama kerana pihak KUWANIS telah menerima lebih daripada 80 usul yang apabila diteliti hanya berpaksikan kepada 2 usul utama iaitu, Pertama: Mengekalkan Pengerusi dan Kedua: Dana atau Pembiayaan dalam aktiviti perniagaan. Pembentang menyatakan bahawa usul utama yang pertama adalah diluar bidang kuasa sidang MAT 'Hybrid' KUWANIS Pertama kerana pelantikan Pengerusi ini haruslah ditetapkan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi namun usul ini akan diambilkira sebagai rujukan dalam keputusan yang akan diambil oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi selepas MAT 'Hybrid' KUWANIS Pertama selesai. Bagi usul utama Kedua, sidang MAT 'Hybrid' KUWANIS Pertama telah bersetuju atas cadangan saya (Mohhd.Redzuan Alim) untuk memastikan usul ini dipohon mengikut prosedur yang telah ditetapkan secara mematuihi setiap keperluan dan kehendak minimum yang telah ditetapkan oleh pihak SKM atau pihak berkaitan dan cadangan ini telah di sokong secara sebulat suara oleh sidang MAT 'Hybrid' KUWANIS Pertama.

KESIMPULAN pertanyaan: 1. Apakah program pada hari ini? dan 2. Tujuan program diadakan, MAT 'Hybrid' KUWANIS Pertama telah dilaksanakan dengan jayanya, struktur kepimpinan diberikan nafas baharu dan keputusan telah dicapai secara sebulat suara dan kesepakatan jelas terlihat serta dipersembahkan. MAT 'Hybrid' KUWANIS Pertama menyaksikan bahawa KUASA ANGGOTA adalah tunjang bagi kemajuan sesuatu koperasi dan ianya bukan terletak kepada tangan Pengasasnya atau Jawatan dalam koperasi. KUWANIS adalah milik anggota!! BUKAN milik pengasas, Pengerusi, Setiausaha atau lain-lain jawatan dalam KUWANIS! KUWANIS for Members & The Members are KUWANIS!

ucapan dan harapan

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Pertama telah dilaksanakan selepas MAT 'Hybrid' KUWANIS Pertama selesai dan Alhamdulillah ALK telah melantik semula saya (Mohd.Redzuan Alim) sebagai Pengerusi KUWANIS 2023.

1st, jutaan penghargaan dan terima kasih kepada ALK KUWANIS dan anggota-anggota KUWANIS atas kepercayaan yang telah diletakkan kepada saya bagi mengalas jawatan Pengerusi ini, ia merupakan salah satu jawatan yang penting dalam gerakan KUWANIS dan ia disertakan dengan tanggungjawab yang besar serta akan memerlukan fokus yang tinggi dalam meletakkan kehendak anggota-anggota KUWANIS dihadapan sebelum kehendak yang lain. KUWANIS for Members & The Members are KUWANIS! akan sentiasa menjadi pegangan saya. Sejak diluluskan oleh pihak SKM pada 30 Disember 2020, KUWANIS telah melalui pelbagai kesukaran secara luaran mahupun dalaman. Negara dilanda Pandemik Covid-19, melalui arahan Kawalan Pergerakan yang hanya memberi laluan kepada pihak-pihak yang dalam senarai 'Essential Services', KUWANIS tidak mampu memaksimumkan gerakan dalam memperkasakan KUWANIS. Isu dalaman yang diwujudkan dalam kalangan ALK terdahulu meyekat kebebasan KUWANIS untuk merealisasikan Tujuan & Matlamat KUWANIS. Namun MAT 'Hybrid' KUWANIS Pertama ini telah memperlihatkan pada umum bahawa kuasa anggota itu adalah jauh lebih besar dari kuasa penaja, jawatan atau kuasa individu! Tahniah KUWANIS!!

2nd, antara arahan pertama saya sebagai Pengerusi dalam Mesyuarat ALK Pertama yang telah dilaksanakan sejurus selepas MAT 'Hybrid' KUWANIS Pertama selesai adalah; Mengambilalih hak yang telah dirampas oleh individu-individu yang melihat bahawa diri mereka itu adalah pemunya KUWANIS ini!!, memperkasakan kembali gerakan KUWANIS secara menyeluruh dan memastikan kehendak anggota-anggota diteliti, dipertimbangkan dan Insya Allah dilaksanakan mengikut perundangan, peraturan, kehendak serta keperluan pihak-pihak yang berkaitan.

3rd, harapan saya sebagai Pengerusi adalah, 7 Prinsip Koperasi diteliti, difahami, diamal, dipertahankan dan dijadikan sebagai panduan serta sandaran kepada setiap anggota KUWANIS. KUWANIS for Members & The Members are KUWANIS!

- Mohd.Redzuan Alim (Pengerusi KUWANIS)

like, share & subscribe!

FACEBOOK PAGE
INSTAGRAM
TWITTER
YOUTUBE
FacebookInstagramTwitterLink

AHLI LEMBAGA KOPERASI (KUWANIS)